SUPPLEMENT IMAN – #SABAR

Assalamualaikum kepada semua warga Blogger…Mudah2an Puasa Enam Syawal sudah sempurna semuanya…Entri kali ini akan berkisar kepada semua kehidupan di muka bumi milik Allah SWT terutamanya aku dan mudah2an ini akan dapat menyuburkan ladang amal aku.

“KALAU MAHU NIKMAT KITA DITAMBAH OLEH ALLAH SWT, MAKA KITA KENA SENTIASA BERSYUKUR ATAS SETIAP ANUGERAH YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT’. Kekadang aku jadi keliru atas makna ANUGERAH kerana aku tengok pada pengiraan firasat aku ni setiap manusia bila SENANG maka akan rasa lalai pada ALLAh SWT dan bila SUSAH barulah mula rasa ingin mendekati dan mengingati ALLAH SWT,,, Adakah itu memang sifat manusia? AKu yakin tak semuanya begitu tpi sebahagian besarnya

Antara ANUGERAH ALLAH kepada kita adalah berkenaan KESABARAN.SABAR

Kesabaran di bentuk dalam 3 acuan.

Pertamanya SABAR KEPADA KETAATAN

Fasa ini, ALLAH swt mengurniakan satu beban kepada seluruh umat yang cukup syarat2nya                                                                                                                                                                                              rukun-islam

 

Harus di ingat antara tanda2 kita gagal dalam ujian ketaatan ini ialah hilangnya keberkatan dalam hidup seperti Rezeki,Kesihatan,Kebahagian dan sebagainya                                                   KEBERKATAN

Teguran ustaz yang betul2 pedas ialah kesabaran dalam SOlat dan Tugasan,,,Satu contoh yang cukup simple iaitu KENAPA BILA UNTUK KE TEMPAT KERJA, KITA BOLEH BANGUN SEAWAL 5.30am takut lewat  TETAPI BILA HARI TIDAK BEKERJA kita bangun solat pukul 6.30am atau lebih menakutkan lagi..tertingggal solat Subuh.. Jadi Moral of Story nya mana KEUTAMAAN KITA

Elemen2 lain juga begitu, seperti menunaikan haji kenapa perlu kita tunggu hari tua baru nak tunaikan haji sedangkan sudah ada kemampuan seawal usia 30an atau 40an

Keduanya KESABARAN DALAM MENGHADAPI MAKSIAT                                                                    sabar menghadapi maksiat  Kemajuan dalam dunia digital  jika tidak dikawal akan mendatangkan kesan yang amat dahsyat kerana semua info di hujung jari,,hanya klik….”

AKAN TERJADINYA SUATU MASA DI MANA FITNAH ALAM AKAN TERSEBAR KE SELURUH ALAM DENGAN SEPANTAS KILAT‘ ..maksud dari salah satu hadis Rasullullah SWT.

Selain itu juga ada pakar mengatakan jika kita menonton TV lebih 4 jam secara terus akan melemahkan daya pemikiran kita. Tujuh dosa besar yang dinyatakan dalam Al Quran jelas menunjukkan kepada kita akan perlunya kita menghadapi pelbagai ujian hidup dengan penuh kesabaran.

Ketiganya adalah SABAR dalam menghadapi MUSIBAH

doa-ditimpa-musibah

Ustaz menjelaskan bahawa setiap musibah atau dugaan yang diterima adalah supaya untuk kita mendekati diri dengan ALLAH SWT dan setiap kesedihan adalah kafarah atas segala dosa2 lalu dan seharusnya kita bersyukur atas apa yang terjadi.

MUngkin entri ini kelihatannya serius tapi pada aku ianya memang perlu dipandang serius supaya kita bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk generasi kita, anak2 kita khususnya dan warga islam seluruhnya

AKU HARAP ENTRI NI AKAN MENYUBURKAN LADANG AMAL AKU DAN RAKAN BLOGGER dan segala komen amat dihargai supaya iman kita akan mendapat kualiti supplement yang terbaik

Wassalam

 

 

KALAU AKU KAYA

Published by:

kEY

Assalamualaikum … tajuk entri ni sebenarnya diilhamkan oleh mentor aku denaihati.com di mana beliau telah buat satu contest dan ramai rakan blogger yang menyertainya, aku pulak tak berkesempatan nak sertai. Entri ni pada aku memang paling aku suka sebab objektif aku buat blog pun tentang kekayaan.

KEKAYAAN adalah sesuatu yang terlalu subjektif kerana masyarakat kita khususnya terlalu taksub kepada kesederhanaan sehinggakan ramai yang tak sanggup untuk berusaha menjadi kaya. Aku pun heran kenapa kita tak nak jadi kaya?. 15 tahun dulu aku telah terpikir untuk menjadi kaya tapi tidak berusaha ke arah itu dan masa berlalu begitu sahaja.. Sesungguhnya kekayaan itu perlu dilihat dalam beberapa definasi..KAYA IMAN,,KAYA DUIT,KAYA PERIBADI,,KAYA BUDI…

car-berpikir orang-sukses

Dalam tempoh 2-3 tahun ni aku diberi peluang bertemu dengan beberapa orang yang aku anggap KAYA dan aku terokai lifestyle mereka, aku cukup kagum dengan mereka sebabnya walaupun mereka kaya kesederhanaan yang mereka amalkan, berselipar CROCS, berkopiah dan begitu low profile – KALAU AKU KAYA,, AKU PUN NAK JADI MACAM MEREKA

Sebagai seorang muslim, kita kena akui KEKAYAAN itu milik ALLAH dan KEKAYAAN yang dianugerahkan itu sebenarnya adalah satu ujian untuk orang kaya,, Aku juga ingin merasai ujian itu dan aku tahu sekiranya ujian datang, itu tandanya ALLAH sayang kita,, jadi jika seseorang tu kaya maknanye ALLAH sayang dia dan ingin mengujinya…                                                                                                                   BIARLAH AKU KAYA SUPAYA TUHAN DAPAT MENGUJI AKU

Dalam fasa akhir kehidupan ini aku memang terdesak untuk menjadi KAYA,, kenapa?

1. Untuk kesinambungan kehidupan bagi keluarga aku selepas kematian aku kerana bagi aku KEKAYAAN bukan segala2nya tapi SEGALA2NYA perlukan KEKAYAAN

2. Untuk menaikkan peratusan MEMBERI kerana sebelum ini peratusan MEMBERI aku hanya 0.0001% sahaja dan perlu di ingat apabila kita mati peratusan inilah yang akan membantu di Akhirat kelak. Aku akan jadikan MEMBERI sebagai satu jadual tetap pada setiap bulan..KALAU AKU KAYA..sesapa nak naikkan peratus MEMBERI boleh jugak layari equrban.com …aku pasti link sebelah tu adalah lubuk untuk kita membuat amal. 

3. Untuk memenuhi cita2 aku menunaikan Haji ( UMRAH telah aku buat pada 2011-setelah Allah mengujiku dengan rezeki yang melimpah) dan aku nak sponsor semua kerabat keluarga aku ..mungkin dalam 100 orang atau lebih…KALAU AKU KAYA..

KEKAYAAN pada aku adalah jalan ke SYURGA dan aku akan berusaha untuk menjadi kaya dengan cara apa sekalipun yang penting halal dan brkat kerana RASULLULLAH dan SAHABAT2 BAGINDA juga adalah insan2 yang KAYA, juga isteri baginda SITI KHADIJAH juga dari golongan hartawan…AKU NAK JADI KAYA macam mereka

jadilah-pelita (1) Aku ingin menjadi pelita…sebelum apinya padam ssekurang2nya jasa pada mereka akan subur di ingatan

Aku pasti satu hari nanti aku akan menemui kekayaan kerana ramai rakan diluar sana sentiasa mendoakan untuk aku kerana kita tak tahu doa siapa yang termakbul

doaku

Entri ini akan bersambungan lagi Insyaallah agar misi ini akan sentiasa melekat dalam jiwa dan minda aku

 

Jumpa lagi